Sunday, January 31, 2016

1.1.2 : Daya Tahan Otot


Kekuatan otot bermaksud kemampuan otot melakukan aktiviti otot, rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum. Bagi mendapatkan kekuatan otot yang kuat, latihan sistematik dan berterusan adalah penting. Latihan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Latihan untuk membina kekuatan otot boleh dilakukan dengan menggunakan rintangan atau berat badan sendiri sebagai beban. Latihan yang dilakukan mestilah mengikut kaedah dan teknik yang betul akan dapat memberi beberapa kebaikan. Daya bebanan boleh dilakukan untuk meningkatkan daya tahan otot.



2 KAEDAH LATIHAN BEBANAN

 1. Latihan Isotonik
    => melibatkan pemendekkan otot ke tahap asal

2. Latihan Isometrik
   => berlaku penguncupan otot tanpa melibatkan perubahan saiz otot



AKTIVITI LATIHAN BEBANAN BAGI MENINGKATKAN DAYA TAHAN OTOT

     1.  Half Squat
          |> aktiviti memerlukan alat bebanan bebas dan pembantu

      2. Mendagu

      3. Tekan Tubi

      4. Naik Turun Bangku

      5. Bangkit Tubi

Monday, January 11, 2016

1.1.1 : Daya Tahan Kardiovaskular

Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.

Sistem kardiovaskular:
 |> Jantung mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik
 |> Paru-paru membekalkan oksigen ke dalam darah
 |> Rangkaian arteri dan vena membawa darah dari jantung ke tubuh, vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung

Aktiviti membina daya tahan kardiovaskular:
 |> Latihan Paarluf
 |> Latihan pyramid
 |> Lompat tali

Aspek keselamatan:
 |> Minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas
 |> Berlatih dalam persekitaran yang sesuai
 |> Pakai pakaian yang mudah menyerap peluh
 |> Pakai kasut bertapak tebal
 |> Pastikan tahap kesihatan diri
 |> Lakukan latihan mengikut kemampuan
 |> Pakai stoking untuk mengelakkan kaki melecet
 |> Kuasai teknik larian dan lompatan