Monday, January 11, 2016

1.1.1 : Daya Tahan Kardiovaskular

Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.

Sistem kardiovaskular:
 |> Jantung mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik
 |> Paru-paru membekalkan oksigen ke dalam darah
 |> Rangkaian arteri dan vena membawa darah dari jantung ke tubuh, vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung

Aktiviti membina daya tahan kardiovaskular:
 |> Latihan Paarluf
 |> Latihan pyramid
 |> Lompat tali

Aspek keselamatan:
 |> Minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas
 |> Berlatih dalam persekitaran yang sesuai
 |> Pakai pakaian yang mudah menyerap peluh
 |> Pakai kasut bertapak tebal
 |> Pastikan tahap kesihatan diri
 |> Lakukan latihan mengikut kemampuan
 |> Pakai stoking untuk mengelakkan kaki melecet
 |> Kuasai teknik larian dan lompatan


No comments:

Post a Comment